Sekarang dok tengah heboh citer tentang Villa Nabila tu. Macam2 versi ceritanyer.
Tapi yang ini kisah benar yang dialami KA sendiri.
JOM BACA...
ENTRY PERNAH DIPUBLISH PADA 24/04/2012
Cerita ni berlaku lebih kurang 9-10 tahun yang lepas.
Tapi saya masih ingat sehingga ke hari ini. Suatu malam, emak menyuruh saya
menjemput adik yang masih belajar di asrama yang terletak di Kuala Lumpur.
Sebabnya beliau sudah beberapa hari demam panas. Waktu kami sampai ke asrama
hari sudah hampir tengah malam. Sewaktu menanti beliau bersiap, saya secara tiba2
ingin ke tandas. Salah seorang teman beliau menunjukkan arah tandas kepada
saya yang mana ianya terletak betul-betul dihujung asrama.
(gambar pokok kat dusun saya ni, takde kena mengena dgn cerita ye!) |
seorang perempuan berambut lurus dan panjang, berbaju seakan putih berdiri di sebelah
tingkap berhadapan tandas. Tetapi wajahnya memandang ke arah luar mengadap satu
pokok besar. Tiba2 saya terlepas cakap.
"Apa yang dibuatnya kat sini, tengok apa pulak kat luar malam2 ni!".
Lepas itu saya terus masuk ke tandas. Sekejap saja. Bila keluar saya lihat kembali
samada perempuan itu masih di situ tapi tiada siapa2 di luar. Terus saja saya ke
bilik adik saya dan membawa beliau turun ke kereta. Perjalanan balik macam biasa,
cuma badan saya mula rasa tidak sedap.
Esok pagi, bila bangun dari tidur tiba2 saya rasa tangan kanan saya tidak dapat
digerakkan. Dan kalau cuba digerakkan terasa amat2 sakit. Sehinggakan saya tidak
dapat membuka baju sendiri dan terpaksa meminta bantuan dari suami. Oleh sebab
tak tahan saya terus ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Kata doktor saya tak sakit apa2
cuma beliau juga pelik kerana saya tidak dapat menggerakkan tangan seperti orang yang
terkena "Stroke" dan bila digerakkan saya akan menjerit kesakitan. Beliau telah memberikan
surat rujukan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Saya bercadang untuk pergi ke hospital
pada esok hari. Dalam perjalanan pulang saya singgah minum di sebuah kedai makan.
Di situlah ada beberapa orang yang menasihatkan saya agar cuba berubat kampung dulu
sebelum ke hospital.
Petang itu juga saya pergi berubat ke rumah seorang bidan kampung yang juga
tukang urut. Sebaik beliau mula berurut tiba2 beliau bertanya kemana saya telah pergi
sebelum ini. Saya hanya menjawab tak kemana. Kemudian baru saya ingat saya ada pergi
ke Asrama di Kuala Lumpur malam tadi menjemput adik saya. Terus dia menjawab yang
saya ni ada menegur benda2 yang tak baik. Sebab itulah terjadinya perkara tersebut.
Bila saya fikirkan mungkinkah "perempuan yang saya nampak pada malam itu?".
Nasihat Mak Bidan itu pada saya kalau ternampak apa2 yang pelik terutamanya pada
waktu malam buat tak tahu saja dan tak perlu kata apa2. Entahlah. Selepas sehari diurut
saya sudah boleh menggerakkan tangan semula dan selepas 3 hari berurut keadaan saya pulih
seperti sediakala sehinggalah ke hari ini. Saya masih tak pasti apakah punca sakit tersebut
atau benarkah sepeti yang dikatakan Mak Bidan itu. Selepas itu, baru adik saya menceritakan
bahawa sebenarnya banyak perkara2 misteri dan aneh berlaku di asrama beliau kerana
terdapat satu pokok besar di belakang asrama betul2 berdekatan dengan tandas asrama.
Wallahua'lam.
( Kadang terpikir kenapa KA selalu berhadapan dengan perkara2 misteri sebegini ,
Mungkinkah hanya kebetulan ! ....)
No comments:
Post a Comment