Monday, January 13, 2014

Bukan Kisah Seram Villa Nabila Tapi Kisah Benar Kesuma Angsana





Sekarang dok tengah heboh citer tentang Villa Nabila tu. Macam2 versi ceritanyer.


Tapi yang ini kisah benar yang dialami KA sendiri.


JOM BACA...






ENTRY PERNAH DIPUBLISH PADA 24/04/2012



Cerita ni berlaku lebih kurang 9-10 tahun yang lepas.  


Tapi saya masih ingat sehingga ke hari ini.  Suatu malam, emak menyuruh saya 


menjemput adik  yang masih belajar di asrama yang terletak di Kuala Lumpur. 


 Sebabnya beliau sudah beberapa hari demam panas.  Waktu kami sampai ke asrama


 hari sudah hampir tengah malam.  Sewaktu menanti beliau bersiap, saya secara tiba2


 ingin ke tandas.  Salah seorang teman beliau menunjukkan arah tandas kepada 


saya yang mana ianya terletak betul-betul dihujung asrama.













bukan kisah seram villa nabila tapi kisah benar kesuma angsana 1

(gambar pokok kat dusun saya ni, takde kena mengena dgn cerita ye!)
Saya terus berlari ke arah yang ditunjukkan dan agak terkejut apabila saya terlihat ada

seorang perempuan berambut lurus dan panjang, berbaju seakan putih berdiri di sebelah

 tingkap berhadapan tandas.  Tetapi wajahnya memandang ke arah luar mengadap satu

pokok besar.  Tiba2 saya terlepas cakap.

 "Apa yang dibuatnya kat sini, tengok apa pulak kat luar malam2 ni!". 

 Lepas  itu saya terus masuk ke tandas.  Sekejap saja.  Bila keluar saya lihat kembali

samada perempuan itu masih di situ tapi tiada siapa2 di luar.  Terus saja saya ke

bilik adik saya dan membawa beliau turun ke kereta.  Perjalanan balik macam biasa,

cuma badan saya mula rasa tidak sedap.


Esok pagi, bila bangun dari tidur tiba2 saya rasa tangan kanan saya tidak dapat

digerakkan.  Dan kalau cuba digerakkan terasa amat2 sakit. Sehinggakan saya tidak

 dapat membuka baju sendiri dan terpaksa meminta bantuan dari suami.  Oleh sebab

 tak tahan saya terus ke klinik untuk membuat pemeriksaan.  Kata doktor saya tak sakit apa2

 cuma beliau juga pelik kerana saya tidak dapat menggerakkan tangan seperti orang yang

 terkena "Stroke" dan bila digerakkan saya akan menjerit kesakitan.  Beliau telah memberikan

surat rujukan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Saya bercadang untuk pergi ke hospital

 pada esok hari. Dalam perjalanan pulang saya singgah minum di sebuah kedai makan.

  Di situlah ada beberapa orang yang menasihatkan saya agar cuba berubat kampung dulu

sebelum ke hospital.






Petang itu juga saya pergi berubat ke rumah seorang bidan kampung yang juga

 tukang urut.  Sebaik beliau mula berurut tiba2 beliau bertanya kemana saya telah pergi

sebelum ini.  Saya hanya menjawab tak kemana. Kemudian baru saya ingat saya ada pergi

 ke Asrama di Kuala Lumpur malam tadi menjemput adik saya.  Terus dia menjawab yang

 saya ni ada menegur benda2 yang tak baik.  Sebab itulah terjadinya perkara tersebut.

Bila saya fikirkan mungkinkah "perempuan yang saya nampak pada malam itu?".

 Nasihat Mak Bidan itu pada saya kalau ternampak apa2 yang pelik terutamanya pada

waktu malam buat tak tahu saja dan tak perlu kata apa2.  Entahlah.  Selepas sehari diurut

saya sudah boleh menggerakkan tangan semula dan selepas 3 hari berurut keadaan saya pulih

seperti sediakala sehinggalah ke hari ini.  Saya masih tak pasti apakah punca sakit tersebut

 atau benarkah sepeti yang dikatakan Mak Bidan itu. Selepas itu, baru adik saya menceritakan

bahawa sebenarnya banyak perkara2 misteri dan aneh berlaku di asrama beliau kerana

 terdapat satu pokok besar di belakang asrama betul2 berdekatan dengan tandas asrama.

 Wallahua'lam.

( Kadang terpikir kenapa KA selalu berhadapan dengan perkara2 misteri sebegini ,

Mungkinkah hanya kebetulan ! ....)



No comments:

Post a Comment